Wednesday, December 15, 2010

Cuti seminggu rasa kejap je berlalu...makan tido..makan tido

Tarikh keluar posting

Post kat blog terdahulu terpaksa ditarik balik gara-gara tak mahu kecoh kan lagi keadaan....yang dah baca tu baguslah..yang tak sempat baca sila dapatkan primary data secara terus dari aku hahahahhaha...maklumlah nanti banyak pulak version cerita yang dah tambah garam ..tambah cuka lebih

Wednesday, October 20, 2010

Monday, October 11, 2010

Syukur Alhamdulillah..

wah lama sungguh aku tak kemaskini blog aku ni. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya aku berjaya harungi juga peperiksaan terakhir aku di UUM pada Sabtu yang lalu. Kertas terakhir aku ialah Corporate Finance yang aku belajar dengan Prof Dr Ari Warokko.

Lepas ni just tunggu result bila nak keluar je..maybe dalam sebulan lagi dapatlah result aku. Kena kumpul duit untuk konvo pulak lepas ni...duit EPF pun dah banyak aku korek untuk study ni...emmm hutang banyak wooooo....i hope this is right investment done by me

Friday, September 10, 2010

Hari ini dah 1 Syawal. Ramadhan telah berlaku, aku sendiri tak pasti ia sempurna atau tidak kerana bukan kuasa aku sebagai hambaNya untuk menilai apa yang telah aku lalui serta ibdah yang telah aku sempurnakan.

Syawal hari ini aku mulakan dengan memohon keampunan dari ibu, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dengan dengan penuh keihlasan. Semoga dosa-dosaku diampunkan. Mungkin secara tidak sengaja aku mungkin penah menguris hati perasaan ibu. Insyallah aku akan setiasa berusaha untuk tidak ulangi apa yang boleh sakiti hati ibu aku.

Hari ini solat Aidilfitri di Madrasah Desa Penarikan. Ramai juga ahli kariah yang hadir. Di mula dengan tadbir raya hinggalah ke bacaan tahlil untuk mereka-mereka yang telah tiada. Aku tidak kemana-mana hari ini, just spend time dengan famili sahaja.

Solat Jumaat hari ini di Masjid Tuanku Puan Chik, hujan renyai2 sedikit. Malam pula aku malas nak keluar sebab aku lebih suka habiskan masa di depan internet kali ini, adik beradik ramai berkumpul datang.

Moody juga bila aku dgr handphone yang telah dibaiki " hilang" ini angkara anak buah aku la ni. cakap pun susah, malas nak bising-bising time raya. Nanti ada pulak yang terasa hati. Dah bukan rezeki aku kot..

Buka email opis METEOR dan OUM, dapat email urgent untuk setup ISO untuk IPD, tugas berat menanti lepas balik raya nanti.

Selamat hari raya..maaf zahir batin kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ini

Thursday, August 19, 2010

Programme Coordinator & Contract

Hari ini merupakan hari ke 4 aku di IPD..ramai yang tanya IPD tu apa, ramai yang ingat Ibu Pejabat Polis Daerah...IPD aku ni ialah Institut Professional Development, Open University Malaysia. Lebih tepat lagi IPD ni dibawah METEOR Learning Sdn Bhd.

Sekejap je rasanya aku di Centre Tutor Management & Development (CTMD). Kira 2 tahun juga aku di CTMD, mula2 kena panggil dengan HRM rasa sedih gak bila diberitahu pasal job rotation. Apa pun layan jerrr..ini dah termaktub dalam surat tawaran bahawa boleh ditukar mana-mana anak syarikat (within group)...layan jerr laa

MBA? emmm insyallah bulan 10 ni aku exam. maka tamatlah MBA aku..plan nak buat DBA pulak

Monday, August 9, 2010

Apa salahku

Apa salah aku? aku pun dah tak tahu nak kata macam mana. Ingatkan berjauhan selama 2 minggu masing -masing akan belajar memahami antara satu sama lain. Lambat sms, call sekejap pun dah jadikan sebagai isu. Perangai aku mmg macam ni, aku bukan suka bergayut kat handphone 24 jam..

Aku dah belajar untuk menerima cinta dia tapi ada sahaja yang tak kena. Tak fahamlah aku....sikit sikit salah aku...

Monday, July 26, 2010

Hari Minggu Yang Meletihkan...

Hari Sabtu 24hb Julai 2010
Hari sabtu tu aku kena jadi emcee untuk majlis perkahwinan kak rohaya (IQRI) dan suami beliau . Majlis dibuat di dewan majlis perbandaran kajang. kul 10.45 aku dah siap sedia dia sana dengan baju melayu sepasang siap bersampin warna silver yang kak roy sponsor aku.

Lepas kenduri tu balik ke SG6 dan terus balik kg...

Hari Ahad 25 Julai 2010
jam 8.30 pagi aku dah sampai kl semula, lunch hour tapaw makanan untuk bakal mertua wafi kami (aku, wafi dan lutfi) terus ke genting highland menuju ke kuarters staf. bakal mertua dia demam. kami lepak kat sana sampai malam. suhu masih boleh kata sejuk la jugak

malam tu pergi kejap ke rumah kamal..dinner umah dia...

balik umah jam 12.00 so tired

Tuesday, June 22, 2010

Juruacara Konvokesyen ke 8 OUM

Pesal ramai kata aku buat silap masa jadi emcee sidang 1? please la saudara saudari sekalian ...saya cuma laksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan acara sahaja. Sila lah bertanya dengan floor manager jika nak tahu saya silap atau tidak.

Sunday, May 2, 2010

Gathering Alumnus Juasseh Vokey 1995/1996

Salam kepada alumnus Vokey Juasseh 1995/1996. Pro-team comittee sedang bercadang untuk mengadakan perjumpaan bekas pelajar vokey Juasseh sesi 95/96. Berikut merupakan tarikh dan lokasi cadangan.

Tarikh: Bulan Jun 2010
Lokasi : Port Dickson
Bayaran: To Be Advised

Sekiranya berminat sila hubungi pro-team untuk keterangan lanjut.

Mohamad -Pengurusan Perniagaan 1995/96 = 017-211 3351
Norazizah -Pengurusan Perniagaan 1995/96 = 017-2240505
Mohd Kamal - Electronic 1995/96 = 019-3304874






Thursday, April 22, 2010

Bertugas di Sandakan

Jam 10.30 pagi tadi aku dah touchdown di Sandakan Airport. Ini 1st time aku ke sandakan sabah. Tapi aku kesini bukan untuk jalan-jalan makan angin tetapi untuk bertugas menjalankan program Sabah Regional Colloquium for Tutors and Facilitators.

Terima kasih kepada Iswan Sonteng kerana ambil aku, anizol dan Dr Santhi di airport. Dari airport kami terus ke Hotel Swiss In Waterfront untuk check-in. Lunch dan terus ke sandakan learning centre untuk siapkan material untuk event sabtu nanti.

Monday, April 5, 2010

update

lama dah aku tak update blog aku ni. sepanjang last week mcm2 dah berlaku. presentation untuk MBA dan juga pembayaran bonus oleh OUM. Paling mengejutkan ialah apabila aku dapat "bertemu" semula teman istimewa aku suatu ketika dulu. Teman istimewa yang pernah merancang untuk membina kehidupan bersama.

Itu semua kenangan lama, kenangan yang adakalanya pahit dan ada kalanya manis. Aku redha apa yang berlaku sebelum ini adalah takdir Allah. Dia pun sudah punya dua cahaya mata sekarang. Melalui lensa kamera yang dirakamkan dari FB dia, jelas dia semakin bahagia dengan pilihan keluarga. Aku turut tumpang gembira walau kadang2 rasa sakit hati masih ada. Tapi semua cerita lama...cerita lama yang dah berlalu pada masanya.

Sunday, March 21, 2010

Assignment Communication for Managers

Communication for Managers

Lecturer: Dr Muhamad Sham Shahkat Ali

Course Assessment:-
1. Public speaking -20%
2.Individual Assignment-20%
3. Mid Term Exam -30%
4.Group Assignment-30%

uwaaaaaaaaaaaaa....banyak keje la semester ni.

Friday, March 19, 2010

Juru Acara Majlis Konvokesyen Khas 2010

Semalam berlangsung majlis konvokesyen khas untuk graduan Sarjana Muda Keguruan yang dilahirkan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Open University Malaysia. Muda-muda cikgu-cikgu yang graduate. Kadang-kadang bila aku tengok muka dia orang rasa tertanya-tanya, jambu dan comel-comel cikgu ini semua....tapi yang pasti ilmu dan diturunkan kepada mereka dan sekarang pandai-pandailah untuk mereka membawa diri mengajar anak bangsa ...jangan korang salah ajor cukup lah...

Untuk majlis itu, aku dan Norasmahan dipilih sebagai Juru Acara utama. Thank you kepada semua pihak yang banyak berikan sokongan. Aku akui jadi MC bukanlah semudah yang orang lihat. Banyak benda kena ambil tahu. Silap aje sedikit, habis semua mood event.

Anyway thank you kat asmahan juga sebab saling mengingat antara satu sama lain masa di "mimbar" MC.

Wednesday, March 10, 2010

Coret-Coret pagi

Dah lama aku tak menulis kat blog. Sepanjang minggu lepas dan minggu ni kepala masih rasa dizzy, tambah pulak dengan selesema dikit dan batuk. Bila jumpa Dr, dia kata OK cuma faktor cuaca. Harap-harap cepat sembuh sebelum minggu konvo.

Sentuh pasal konvo, aku dan asmahan akan jadi MC utama. Backup kami kak fitri dan Bro Zul. Harap2 aku boleh buat yang terbaik.

Kerja sekolah berlambak pulak tu. Banyak giler assignment sem ini. Hope i can face it.

Balik kg? ingat lepas kuliah sabtu ini nak balik kg. Tunaikan tugas sebagai anak.

Friday, March 5, 2010

Senaman Pagi Jumaat

Ini gara-gara dah lama tak naik public transport.

1) Hantar gebu ke pusat service AU2
2) Teksi tak nak berhenti la pulak
3) Jalan kaki sebatu ke stesen LRT Jelatek
4) Naik train ke Masjid Jamek
5) Tukar star LRT kat Masjid Jamek ke PWTC stesen
6)Tahan teksi 3 @4 tapi tak nak berhenti nasib baik teksi ke 5 nak berhenti
7) Sampai opis 9.15am
8) alahaiiiii nak amik gebu mcm mana ek?

Friday, February 19, 2010

Facebook mania

Now day everybody setup their facebook. Fenomena facebook mania. Baik cara guna maka baiklah jadinya, tapi jika buruk niatnya maka buruklah jadinya...

Wednesday, February 10, 2010

Suatu ketika: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan











Ini zaman aku jadi student. Aku bentang kertas kerja depan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak masa tu beliau masih TPM . Event ni masa aku jadi ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Mei 2008.

Di suatu ketika... Program Mentor OUM PLPP 21/06/2008


Fuad and geng


Felix and Group



Aku & Group



Emi





Harap adik-adik aku kat ex-PLPP, semoga korang semua sukses.



hahahah bawak goreng pisang ke bang aminoor kita tu













Monday, February 8, 2010

Semester 3 result

Tak cantik la result semester 3 aku ni...

1. Operation & Technology Management = A-
2. Muamalat Principles (Capital) = A-
3. Law & Ethic = A-
4. Managerial Economic = C+

Pesal managerial economic dapat C+ je uwaaaaaaaa

My Birthday

Hari ini hari jadi aku. Dah "muda remaja" rupanya aku. Yang ke berapa? muda lagi beb! Pagi-pagi sebelum subuh dah dapat sms berbunyi "Semoga dikurniakan & diberkati Allah, moga berjaya dalam hidup dan berbahagia dunia akhirat" .....

Thank you kepada yang wish pagi2 tadi.

Tuesday, January 26, 2010

Pengacara Majlis dan Pegawai Pengiring


























































































































































Time : 12.30 tgh
Lokasi: Executive Lounge Aras Bawah

Hari ini aku dilantik secara ad-hoc untuk menjadi juruacara sempena Jamuan Khas perpisahan YBhg Tan Sri Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, Mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti OUM (2006-2009).

Secara peribadi beliau seorang yang mudah untuk didekati sebenarnya. Nampak raut wajah memang garang tapi dia ok.

Datin Teh minta aku jadi pegawai pengiring untuk hantar beliau pulang ke Shah Alam.

Monday, January 25, 2010

Cedera Kerana Cubaan Samun

Tarikh :24 January 2010
Lokasi : Petronas Taman Sri Gombak
Masa: 9.20 mlm
Kes: Cubaan Samun Oleh 2 Orang Tidak Dikenali

Begini kronologi kes aku.

Perut aku masa tu rasa lapar, so aku start enjin terus cari gerai burger. Ingat malam tu nak makan burger je.

9.10 mlm : aku pi stesen Petronas kat Sri Gombak tu nak isi angin tayar dan beli topup
masa kat stesen aku dah nampak ada 2 budak naik motor ex5 isi angin jugak

9.15 mlm : aku nak gerak ke area CIMB sebab kat situ ada jual burger


9.16 mlm : budak yg naik motor tu tahan aku kat tepi simpang tak jauh dari petronas

i) dia kata kawan dia tetiba sakit dan minta bantuan aku. aku ckp aku tak tau


ii)Tapi masa tu tergerak hati aku nak standby stereng lock kat kaki aku.

iii) budak tu menerpa masuk kedalam kereta dan hulur pisau kat leher aku. aku sempat tepis
dan bergelut dalam kereta. Nasib baik budak tu kurus kering je senang aku asak dia ke deskboard.

iv) dia nampak aku capai stereng lock terus budak tu lompat kuar. aku kejar dgn stereng lock

v) sempat libas kat kepala lutut member dia masa dia orang jatuh motor . satu lagi libasan kena kepala ( tapi budak tu pakai helmet)

vi) masa aku libas budak yang jatuh tu, kawan dia yang pakai baju merah melibas pisau daging kat aku..aku berundur sedikit tapi kalau budak tu mara lagi kat aku sama 2 melibas la jawapnya.
vii) bila aku berundur, kawan dia bangunkan motor dan standby nak cabut...aku undur lagi bila budak tu cuba nak libas kat perut aku...


viii) dia orang cabut bila aku berundur.

aku masuk kereta dan cuba kejar tapi bila aku sampai kat simpang bawah tengok dah tak ada..aku pecut kat MMR2 harap2 jumpa tapi hampeh takde..
aku dapatkan rawatan luka kat ibu jari di klinik kita sentul boulevard.

Moral of story dont ever stop kat tempat sunyi kalau orang minta bantuan....kecuali anda berdua atau ramai.

Thursday, January 21, 2010

Coffee Corner: Finding on Youth

Let share this finding :-

1) The average young now spends practically every waking minutes using a smartphone, computer(notebook), tv, electronic devices such PDA, MP4

2)Many youth now multitasking-surfing net while listening music

Sunday, January 17, 2010

Presentation Janson Medical Clinic for OTM

Horrey! we have successful presentation for Janson Medical Clinic cases. Thanks team members Abg Baharin, Gilbert, Kak Suzana, Akakshah and Sara. We have done good team work. Lucky all the Question was answered promptly and Assoc Prof Dr Razli satisfied with the answer.

Saturday, January 9, 2010

OTM :Facility Design and Layout

What i learned today?

1.To understand different types of layout patterns, how they relate to process choice, and some of the methods to evaluate alternative layout plans.

2.To understand the key issues involved in designing product layouts and balance assembly lines to enable efficient and economical production of goods and services.

3.To understand the major issues involved in designing process layouts, and to be able to apply simple tools to develop a good process layout design.


Purposes of layout studies are to:

•minimize delays in materials handling and customer movement,
•maintain flexibility,
•use labor and space effectively,
•promote high employee morale and customer satisfaction,
•provide for good housekeeping and maintenance, &
•enhance sales as appropriate in manufacturing and service facilities.

Class tamat jam :

Friday, January 8, 2010

Mak masuk wad Hospital Tunku Ampuan Najihah

Selasa 5 January 2010, mak dikejarkan ke hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah kerana terdapat stone pada hempedu dia. Semasa aku menaip blog ini, beliau masih lagi di hospital.

Tuesday, January 5, 2010

Allahuakbar!

Kecoh sana sini pasal penggunaan nama Alllah untuk agama yang bukan Islam. Meh aku bagi komen sikit..banyak pun tak apa sebab ini blog aku wakakakaahah...

Sebenarnya kontroversi ini bermula semenjak Tun Dr Mahathir (idola aku) masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.

Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

Nun kat Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

Aku betul2 berharap pihak Kerajaan pimpinan DSNTR berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan.

Aku ni pencinta keamanan..peace world heheheheh....sabo je lah

Monday, January 4, 2010

Pagi hari pertama bekerja 2010

Bertemu kembali berpena secara online ikhlas dari hati.

Hari -hari yang sudah berlalu dengan sedikit kepenatan. Penat dari segi fizikal dan penat juga dari segi emosi dan mental. Minggu lepas sibuk dengan peperiksaan akhir untuk subjek Muamalat, Ethic Law & Corporate Social Responsibility dan juga subjek Managerial Economic.

Tak tahu lah sama ada boleh score atau tidak. Next paper tinggal Operation Technology Management sahaja. Group presentation dan individual project have yet done.

Kerja-kerja opis pulak, laporan northern colloqium belum siap lagi. Nak kena bawa masuk ke MJPAU kalau tak silap. Hopefully by tonight it will be done.

Hari ni kat opis server down dan ada pc yang tak boleh link ke internet. Masa menaip blog ini aku guna wireless. Bila toleh kanan si anizol sibuk call bini dia pasal schedule flight balik sabah cuti september 2010. September 2010 jauh lagi lah weiiii... poyo tul budak tu.
Sue dan amalia terima tetamu baru balik haji.tak lain tak bukan Pn Nik la tu. Si yani dok sibuk dengarr lagu guna earphone yang anizol pinjamkan dekat dia...dah macam harta sendiri nampak hehhehe...

Aku pulak ada masalah ni...masalah aku ialah aku mengantuk uwaaaaaa zzzzzzzzzzzzzz...