Friday, October 31, 2008

Hairi Farewell.....last day

Khamis 30 Oktober 2008( 10.00pm) Mayana Restoran-Thai .
Malam tu aku , krul dan hairi makan di mayana. Sempena hari -hari terakhir hairi di kuala lumpur dan lebih spesifik last day dia stay dengan aku dan krul. Kontrak perkhidmatan dia di Matrade dah tamat. Almost a year jugak dia stay dengan kami. Katanya nak stay kat Bentong dengan abang dia. Tak tau lagi apa plan dia. What ever it is, i wish him good luck!

Menu malam tu simple je:-

1) Ikan Siakap masak 3 rasa ( saiz besar la jugak)
2) Sup ekor
3) Udang goreng tepung
4) Kailan ikan masin
5) Telur dadar
6) Air oren laici + air nenas laici dan air nenas

semua tu tak lah mahal sangat pun..

Tuesday, October 28, 2008

Last weekend.....

Last weekend tak ada apa yang menarik... hari Sabtu 25 October 2008 aku pergi Open House kat Rasniaga Sdn Bhd. Rasniaga ni dealer kereta import masa aku keje kat Affin Bank dulu. Abang Azhar executive yang jaga akaun Rasniaga tu. Aku masa tu dah joint IS Department kat LTAT. Sebelah Rasniaga tu pulak showroom kereta-kereta import mewah milik bekas suami Nora Danish. Tapi dengar khabar dah jual share. Telan air liur aku tengok kereta-kereta kat Rasniaga. BMW dan Mercedez semua kow..kow punya harga.. tak dapat naik tengok pun jadilah heheheh...
Hari Ahad 26 Oktober 2008, aku gi rumah terbuka kat Pelangi Kondo. Joint Abg Azhar, Kak Liza satu family melantak daging kambing panggang. Semua menu aku belasah. Lepas tu aku dan abg azhar kena pi rumah kak fazi ( staff affin bank) kat Setapak. Ahad petang tu terus drive balik ke Taman Harmonium Seremban. Sampai sana mak ada dah kat situ...terus ajak balik ke Bahau lepas makan-makan. Sebelum tu singah umah Ateh dulu. Sampai Bahau dalam kul 10.00 mlm.

OUM Hari Raya & Deepavali Celebration 2008
















Hari Raya..kenapa payung macam dikuburan ...


Tekejut aku tengok payung dengan "batu nisan putih" dengan juntaian bunga melur

Thursday, October 23, 2008

Raya Event at PWTC 2008
















































Ini event Hari Raya departments di PWTC..... ini gabungan jamuan hari raya yang dibuat oleh IQRI (Institut Quality Research & Innovation), CTMD (Centre for Tutor Management and Development), Pusat Pengurusan Wilayah Lembah Klang dan juga Unit Perhubungan Alumni. Senang cerita gabungan semua staf yang keje kat Level 10A PWTC.

Monday, October 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA 2008

Salam Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini cewahhhhh....

Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan di OUM (staff, students dan tutors)

Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan di Takaful Ikhlas Sdn Bhd ( Puan Norizan, Encik Ismail, Kak Noraini, Brother Zailani, Kak Fatah dan Brother Jai..)

Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan di Oxford Alliance (Puncak Niaga)..(Encik Sapari dan Encik Izhar)
Salam Aidilfitri untuk bekas CEO Oxford Encik Norazman nun jauh di UAE
Salam Aildifitri untuk bekas BOD Oxford Encik Abd Rahman nun jauh di Qatar

Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan di DKSH Service Shared Centre Teknologi Park Malaysia Bukit Jalil
(Encik Muzaffar, Nadia dan juga Hafiz)

Salam Aidilfitri untuk kawan-kawan di Affin Bank Berhad....(ramai sangat tak ingat nama)



Hari Raya 2008

Hari Raya 2008 dah pun berlalu...tak banyak benda menarik yang berlaku sepanjang minggu raya tu..tapi yang pasti selepas hampir 10 tahun akhirnya kami 8 adik beradik dapat berhimpun dipagi raya minta ampun dan maaf pada mak.

Raya aku tak kemana sangat pun..banyak melepak kat rumah je tak pun lepak umah kak long aku tu jelah....Beraya ke rumah Rishwan Hakim confirm mak ayah dia tanya soalan " bila nak kahwin". Beraya rumah Amar pun sama gak... tapi bila si Shaari Affin bank satu famili datang beraya pun aku kena soalan yang sama gak...masa Miezhuari datang pun aku dapat soalan yang sama. Tapi yang pasti jawapan aku tetap sama dan maintainnnnnnn " belum ada jodoh".

Duit raya ? tahun ni banyak gak lah mengalir keluar tapi tak apa..kuar pun untuk anak-anak buah aku gak...tak pun anak-anak kawan-kawan yang rapat dengan aku jerrr...