Saturday, June 27, 2009

Sabtu Hujung Minggu...

Pi rumah kenduri adik Amalia kahwin. Majlis di Pusat Kesenian Islam Selangor ( Shah Alam )....

Wednesday, June 24, 2009

Tuesday, June 16, 2009

Rindu Sangat-Sangat

Perghhh! aku rindu sangat nak jumpa anak saudara paling kecik aku =Miya Arlisya Maisara dan Izzuddin. Kenal ke lagi dia orang kat aku?

Rishwan Hakim

Sabtu. 13 June 2009. Majlis persandingan Rishwan di buat di Setapak Jaya. Boleh tahan gak family mertua dia. Orang kuat PEKIDA. Patutlah YB Datuk Mukhriz pun ada sama. Sempat juga aku sembang dengan mak ayah Rishwan dan Kamal. Kenduri di Rembau aku tak dapat join tapi Jumaat tu mungkin aku datang sekejap.

Wednesday, June 10, 2009

Result Semester 1

Result semester 1 dah keluar.

1. BPMM6013 Marketing Management = B+
2. BPMN6043 Leadership in Organization = A
3. BPMN6053 Management Information System = A-

CGPA = 3.67 pass

Thursday, June 4, 2009

PTD Interview

Pagi tadi aku dah settle interview PTD kat Jalan Cenderasari (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia). Soalan yang aku kena jawap:

a) Beritahu nama anda?
b) Ceritakan latarbelakang anda?
c) Keluarga tinggal di mana?
d) Kenapa alamat kat Taman Dato Senu?
e) Awak masih bujang?
f) Bila nak kahwin?
g) Adik beradik berapa orang?
h) Sekarang keje dimana?
i) Dulu belajar kat mana?
j) Amik jurusan apa?
k) OUM ni universiti apa?
l) OUM ni untuk belajar apa?
m) Dulu sebelum kat OUM keje mana?
n) Kenapa resign dari sykt XXXX tersebut?
o) Pernah selesaikan masalah/tugas yang mencabar sepanjang kerjaya?
p) Apa tugas tersebut dan kenapa dikatakan mencabar?
q) Gaji di Syarikat xxxx besar dan sykt tersebut berprofil tinggi, kenapa tinggalkan syarikat tu?
r) Kalau ikut kelayakan ijazah, kementerian mana kamu sepatutnya pergi?
s) kenapa kata macam tu?
t) MATRADE tiada PTD tetapi PTD cuma ada di MITI. Just to inform you. Kata Puan Jasy penemuduga.( cuma ingatnama dia sebab dia pakai name tag)
u) PTD ada berapa cabang?
v) Apa yang awak tahu pasal 1Malaysia? Boleh suskes ke 1Malaysia?
w) Apa yang awak tahu pasal FTA dan perjanjian antara negara luar?
x) Awak banyak baca surat khabar juga ya. Bagus. Kata Puan Jasy.

ada lagi la soalan yang ditanya cuma aku je tak ingat apa yang mereka tanya. Yang pasti dekat sejamaku kat dalam bilik E dan aku orang ke 5 ditemuduga dalam kumpulan E. Aku dan ada sorang budak RHB Jalan Tun Razak je lelaki yang lain awek-awek skema.

Monday, June 1, 2009

WSQ879

Akhirnya jumaat lalu aku dapat kereta "sport" aku hahahah3.