Thursday, August 28, 2008

Hari Bergelar Graduan OUM 24 Ogos 2008





























24 Ogos 2008 dengan rasmi aku menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Open University Malaysia. Selama 4 tahun lebih aku berkorban masa, tenaga dan wang untuk hari bahagia ini. Aku tahu ibu aku merupakan insan yang paling gembira melihat aku menaiki pentas menerima ijazah. Aku terkilan kerana arwah abah tidak dapat melihat apa yang ibu aku lihat. Aku tahu ibu aku sebak ketika itu. Aku masih ingat bagaimana susah keluarga aku seketika waktu dahulu. Aku masih ingat masa aku kecil dahulu semua "keinginan" aku pendam sahaja sebab aku tahu keluarga aku bukan orang senang.










Arwah abah dan mak telah banyak berkorban untuk kami adik beradik. Aku bersyukur dan aku tidak minta "lebih" dari keupayaan mereka. Aku masih ingat pelbagai peluang melanjutkan pelajaran aku terima selepas SPM(V) tahun 1996. Aku pernah menerima tawaran ke Politeknik, Uitm dan Maktab Perguruan. Semua itu aku lepaskan begitu sahaja kerana aku tidak mahu menyusahkan lagi ibu dan arwah abah. Aku masih ingat, selepas aku menerima Diploma Teknologi Maklumat dari SAL College (juga MIIM-TV3) aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran aku ke Australia. Beberapa kali aku menerima surat tawaran dari CSU dan Southern Queensland University tapi aku lepaskan sahaja dengan "rela".










4 tahun lebih aku di OUM kini impian aku menjadi kenyataan. Aku paling sebak sangat bila melihat wajah mak. Wajah seribu satu cerita yang aku tahu apa yang pernah mak lalui berpuluh tahun lalu. Aku tahu mak juga menahan sebak tapi aku tak boleh biarkan mak mengalirkan air mata lagi. .........Al Fatihah kepada arwah abah. Semoga Allah cucuri rahmat kepada roh nya.

Pengambilan Jubah Konvokesyen






Tuesday, August 12, 2008

Jumaat 8 Ogos 2008 Bela Burung Dalam Akuarium

Jumaat 8 Ogos 2008.

Balik dari keje gua terus lepak kat Shukran. Dah janji dengan "Pierre Andrea" untuk lepak minum petang. Kebetulan pulak Rizal, Azrol dan Min singgah kat Shukran jugak. Mengeteh sampai kul 8 mlm.

Tepat kul 11 malam, dia orang "gegar" gua dari bawah 207 untuk ajak pi Danau Kota. Tapi sebelum tu pi melantak kat Mayana. Masa tu barulah gua perasan pasal "bela burung dalam akuarium". Genius betul owner kedai ni hehehhehe... tapi orang yang mula-mula perasan tentulah Pierre Andrea. Maklumlah mata burung hantu.

Dekat 11 mlm ke atas baru konvoi ke Danau Kota. Sempat gak gua sambar kasut sepasang, Pierre Andrea pun sambar kasut sepasang dab bermuda. Kayo gak budak sowang ni. Lepak kat kedai bundle kawan Min sambil buat lawak Osama Laden..orang kat situ gelak sebab Osama Laden tu katek sangat wakakakkaakah...siut je...lepak2 sampai kul 2 pagi sebelum konvoi ke Jalan TAR lepak kat Lotus minum teh tarik sambil layan mata kuyu...uwaaaaaa ngantuk beb

Saturday, August 2, 2008

Whose this Girl?





Siapakah Gadis Misteri Ini? Adakah "janda"ku atau "skandal lama heheheheh..Wajah ini sentiasa bermain di mimpi ku..perghhh jiwang la pulak