Wednesday, July 2, 2008

Interview with YBhg Prof Tan Sri Anwar Ali

02 July 2008, Bertempat di Bilik Teratai Kampus Induk tepat jam 2.30 petang aku dah sampai kat ruang legar bilik mesyuarat tu. Sampai je situ aku tengok dah ada seorang lelaki dan seorang pompuan nak interview gak. Mereka interview untuk jawatan Quantity Surveyor di bawah Prof Rosli. Giliran aku no 3 kira last la tu. Tapi dunia ni kecik je..kenapa? apa tak nya wanita yang datang interview tu rupa-rupanya isteri encik Azzudin, Arkitek yang in-charge projek Puncak Niaga ( Projek Bukit Nenas dan Ismail Tower-shah alam)..isteri encik Azuddin kenal muka aku hehheheh..sure balik interview dia cerita kat Encik Azudin punya lah tu hehehheheh..

Berbalik kepada kisah aku masa interview. YBhg Prof Tan Sri cakap kat aku, " saya ingat awak memang staf OUM, muka selalu sangat kat OUM". Tan Sri tanya kat aku apa yang aku rasa perlu improve lagi kat CTMD- Centre for Tutor Management and Development, aku jawaplah semua dah ada cuma bab rohaniah belum ada lagi..Tan Sri dan Prof Rosli anguk-anguk tanda setuju kot hehheheh...Tan Sri tanya juga macam mana kerja di bawah Puan Nik. Jawapan skema dan selamat aku ialah alhamdulillah ok ( puji nampak hehheheh). Tan Sri tanya lagi pasal Puan Nik, puan nik ok ke tak? aku jawap je lah OK..tu je jawapan yang terkeluar kat bibir aku. Lepas tu Prof Rosli tanya apa task yang aku buat kat CTMD. Aku jawaplah yang aku in-charge Teaching Permits, Tutor Connexxions dan Lead Tutor Payments. Prof Rosli tanya agak detail gak pasal Teaching Permits, so aku just menjawap je mana yang perlu.
Puan Faeza HR pulak tanya apa yang kawan2 suka kat aku? aku goreng la yang aku ni mudah didekati cewahhhhhh ( puji beb jangan tak puji diri sendiri)... lama gak kat dlm Bilik Teratai tadi. At the end session, Tan Sri kata they will let me know how the result. Tapi aku bertuah jugak sebb base on previous experienced by others staff, selalunya mereka jadi Temporary Exec agak lama jugak tak pun kena abiskan period 3 atau 6 bulan baru kena panggil dengan HR untuk temuduga.