Tuesday, August 25, 2009

Selamat berpuasa

Hari ni hari ke 3 umat islam berpuasa...hari ini hari pertama aku sibuk buat take home exam aku..susah giler soalan lecturer ni..

Friday, August 21, 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!














































Merdeka! Merdeka! Merdeka!
















Selamat Berpuaso..jangan tak poso lak...


Salam Ramadhan kepada saudara Islam ku,

Sedar tak sedar Ramadhan 1430H bakal kita temui lagi tahun ini. InsyaAllah.

Suatu nikmat yang dianugerahkan Allah SWT sebagai peluang kepada kita semua untuk bertaubat dan memperbaiki mutu iman & takwa. Sudah banyak peluang yang Allah SWT berikan kepada kita, sebanyak itu juga kita terleka. Peluang ini juga saya memohon kemaafan daripada sahabat-sahabat semua yang mengenali dan juga "pelawat" blog mohamadsulaiman.blogspot.com ini.


Pantun Bulan Poso:

naik MyVi 879 poei merantau...
esok poso jangan tak poso tau..


buko posa makan kueh pau..
potang ni den balik bahau..

potang-potang kupek kelapo..
semayang terawih jangan lupo...

kail ikan dapek anak boyo...
kiro doso kosong-kosong lah yo...

Akhir kata maaf kan leh den kok ado tersalah kato terusik jiwo..al-maklumlah esok dah nak poso...selamt berpuaso..

Thursday, August 20, 2009

Perhimpuan Perpaduan 2009
















Hari ini Perhimpunan Perpaduan Sempena Hari Kemerdekaan ke-52. Aku jadi pegawai khas untuk meja tutor dan PLPP Bangi.

Friday, August 14, 2009

PERLANTIKAN SECARA KONTRAK SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

PERLANTIKAN SECARA KONTRAK SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

"Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan ditawarkan perlantikan secara kontrak sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 selama (2) dua tahun mulai tarikh melapor diri bertugas. Tuan/puan ditawarkan gaji sebanyak RM1993.63 (P1T1) sebulan."

Semasa aku bersarapan pagi tadi aku terima panggilan dari JPA Putrajaya yang memaklumkan bahawa aku terpilih menjadi Pegawai PTD. Banyak benda yang aku perlu kena consider sebelum ambil keputusan. Kalau aku fresh graduate memang aku pulun dah jawatan ini. Tetapi memandangkan aku dah 12 tahun bekerja dan sekarang gaji yang aku dapat pun lebih dari apa yang ditawarkan maka aku kena buat keputusan secara bijak.

Menerima jawatan ini ibarat aku mengguundur langkah aku ke belakang..dan jika aku tolak maka "kerugian" sebab ramai graduan kat luar sana mengintai jawatan PTD ini. Siapa yang tak nak jawatan yang dikategorikan sebagai senang lelang ni. Aku je yang tak nak... (heheheheh)



Wednesday, August 12, 2009

Masa Bergelar Mahasiswa





























Ini gambo masa aku bergelar mahasiswa. Macam gambar album kahwin la pulak ( uhuk!!)

Sembang Tengah Malam CWN

Malam semalam hampir sejam gak aku dengan CWN dok merapu kat dalam telefon. Macam-macam hal kami "bincang". Macam-macam perasaan yang "timbul" time tu. CWN harap-harap kalau membaca blog ini, paham-paham sendiri lah ye.