Friday, August 14, 2009

PERLANTIKAN SECARA KONTRAK SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

PERLANTIKAN SECARA KONTRAK SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

"Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan ditawarkan perlantikan secara kontrak sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 selama (2) dua tahun mulai tarikh melapor diri bertugas. Tuan/puan ditawarkan gaji sebanyak RM1993.63 (P1T1) sebulan."

Semasa aku bersarapan pagi tadi aku terima panggilan dari JPA Putrajaya yang memaklumkan bahawa aku terpilih menjadi Pegawai PTD. Banyak benda yang aku perlu kena consider sebelum ambil keputusan. Kalau aku fresh graduate memang aku pulun dah jawatan ini. Tetapi memandangkan aku dah 12 tahun bekerja dan sekarang gaji yang aku dapat pun lebih dari apa yang ditawarkan maka aku kena buat keputusan secara bijak.

Menerima jawatan ini ibarat aku mengguundur langkah aku ke belakang..dan jika aku tolak maka "kerugian" sebab ramai graduan kat luar sana mengintai jawatan PTD ini. Siapa yang tak nak jawatan yang dikategorikan sebagai senang lelang ni. Aku je yang tak nak... (heheheheh)



No comments: