Saturday, May 23, 2009

PTD Interview

Called for an PTD Interview next week 4 June 2009 at previous place. Second called. Just go. Cayuk!

WSQ 879


Bank Islam ada hubungi aku untuk sign agreement di Cawangan Shah Alam. Aku plan nak ke sana hari Isnin nanti. My baby white WSQ 879 Special Edition will be born soon. Horey !

Siapa WN?

Siapa gadis nama WN? Aku tak kenal lagi siapa dia.. WN aku jumpa masa kat Seremban LC. WN yang aku kenal masa kat SLC kini dah di SVP office. WN ni siapa? dan siapa dia ?

Majlis Perkahwinan Kawan-Kawan

Semalam aku terima kad undangan kahwin dari salah seorang sahabat aku Rishwan Hakim Kamaruddin. Kawan yang aku kenal semenjak tingkatan 1 di Sekolah Datuk Mansor dulu. Hai dah nak kahwin lagi seorang kawan aku. Patutlah kalau sms tak penah berjawap rupa-rupanya sibuk buat persiapan kawan aku ni.. lepas Rishwan tak tau sape pulak yang akan kahwin ..siapa? eh bukan aku yang last ke belum kahwin hehehehe...Rishwan dalam senyap-senyap bercinta tup tup hantar kat undangan. Majlis kat rembau pada 20hb June nanti. Nak pergi ke tak? mesti mak dan ayah dia bertalu-talu tanya aku bila lagi. Adoi!

1) Amar - (cikgu amar) yang pertama kahwin anak dah 2 orang
2) Edie - ( pelukis plan) yang kedua kahwin anak sorang
3) Dharfan ( RHB Bank staff) yang ketiga kahwin

geng-geng lain kat SMDM ramai yang dah kahwin...ini belum lagi geng kat Vokey Juasseh yang aku tahu dah kahwin

1) Jojo - dah selamat anak 2 orang
2) Jef TUDM - selamat dah
3) Azman - anak berapa tah
4) Zulkifli - anak sorang kot
5) Noriswan - dah selamat

Kalau geng masa Kolej usah cakaplah aku rasa aku je yang tingal.

Nampaknya aku yang terbabas sekarang ni. risau gak ni. Family memang asyik tanya je. Bukan aku tak ada calon tapi aku belum dapat petunjuk siapa yang akan menjadi suri dalam hidup aku. Umur dah masuk 30 tahun.. hehehhe ( sedar pun dah 30 tahun).