Thursday, April 22, 2010

Bertugas di Sandakan

Jam 10.30 pagi tadi aku dah touchdown di Sandakan Airport. Ini 1st time aku ke sandakan sabah. Tapi aku kesini bukan untuk jalan-jalan makan angin tetapi untuk bertugas menjalankan program Sabah Regional Colloquium for Tutors and Facilitators.

Terima kasih kepada Iswan Sonteng kerana ambil aku, anizol dan Dr Santhi di airport. Dari airport kami terus ke Hotel Swiss In Waterfront untuk check-in. Lunch dan terus ke sandakan learning centre untuk siapkan material untuk event sabtu nanti.

Monday, April 5, 2010

update

lama dah aku tak update blog aku ni. sepanjang last week mcm2 dah berlaku. presentation untuk MBA dan juga pembayaran bonus oleh OUM. Paling mengejutkan ialah apabila aku dapat "bertemu" semula teman istimewa aku suatu ketika dulu. Teman istimewa yang pernah merancang untuk membina kehidupan bersama.

Itu semua kenangan lama, kenangan yang adakalanya pahit dan ada kalanya manis. Aku redha apa yang berlaku sebelum ini adalah takdir Allah. Dia pun sudah punya dua cahaya mata sekarang. Melalui lensa kamera yang dirakamkan dari FB dia, jelas dia semakin bahagia dengan pilihan keluarga. Aku turut tumpang gembira walau kadang2 rasa sakit hati masih ada. Tapi semua cerita lama...cerita lama yang dah berlalu pada masanya.