Sunday, November 23, 2008

Tuesday, November 18, 2008

Dating Time......Monday 17 November 2008

Hari Isnin 17 November 2008, aku memang dah plan nak pi buat rawatan gigi di klinik Dr Junaidi di Klinik Kesihatan Kajang. Aku cabut gigi geraham atas kali ini. Ni dah masuk 3 kali Junaidi kena cabut gigi aku siap bebel lagi dia masa cabut suruh jaga gigi. Aku ni macam budak-budak kot asyik makan benda bergula je. Paling syok sampai klinik terus amik nombor dan sms Dr Jun kata aku dah sampai. Alamak! makcik dan pakcik kat klinik tu perati kat aku..al maklumlah aku potong Q heheheheh....Junaidi cabut gigi aku kejap je tak sampai 6 saat pun. Siap bagi MC lagi . yahooooo leh jalan-jalan lepas ni.
Dari kajang aku balik umah dulu..lepak2 depan tv sampai kul 1.30 petang. upsss ! janji dengan si A.H nak jumpa tapi hujan pulak. Call A.H kata lambat sikit sebab hujan. Sampai Shah Alam jam 2.30 petang terus park motor kat KPJ SMC. ..A.H ambil aku kat situ dan terus ke SACC Mall. Lepak pusing-pusing jap sambil tgk baju kemeja warna green light. Perut lapar tapi gigi masih terasa sakit bila lepas cabut. So ajak A.H makan kat KFC PKNS. Lama gak lepak sana . Dari sana A.H nak beli lauk untuk masak malam so dengan penuh "macho" sudi menemankan dia ke TESCO. Aduh!! berapa tahun dah aku tak penah pi beli ikan dan sayur. Seingat aku dah dekat 3 tahun semenjak aku dan ex-awek (MMS) aku dulu.....
Lepas tu A.H tunjuk rumah dia...so lain kali senang sikit aku nak letak motor aku kat sana kalau kuar dating hehehehehhe.... dari S.Alam aku terus ke SOGO cari kemeja untuk photo shoot CTMD website. Dapat sambar sehelai yang harga asal RM130.00 tapi after diskaun dapatlah RM70 . Tali leher pulak aku beli kat BB Plaza dalam RM39.90 cantik gak tali leher aku pilih ( cewah puji diri nampak). Aku sampai umah dalam kul 9 mlm..lepak2 lepas solat lepas tu korang tau apa berlaku? lepas tu aku ZZZzzzzzzzz la ..itu pun nak kena bagi tau ke wahai pembaca blog aku.

Institute of Professional Development (IPD) Award Ceremony
























































Monday, November 3, 2008

Weekend at Kuantan...........

Sabtu 01 November 2008 aku kena bertugas jaga exam kat UM. Nasib tak baik kot budak PP Bangi sebab terkantoi meniru. Nak meniru pun tak tahu ke? hahahhaah sowi lah mata aku ni ada empat hahaha..

Ahad 02 November 2008. Travel ke Kuantan dengan si Niza untuk "uruskan" hal adik sepupu dia. On way tu kena saman:-

Niza: " Tu depan tu ada polis..ko bawak berapa laju?".
Aku: " tu..( sambil tunjuk meter 120km/sejam) hahahahah kantoi

Sampai Kuantan pi rumah HEP KIPSAS lepas tu baru jumpa si Mus kat Kuantan Mall. Lepak minum2 dengan dia sambil get ready "operasi" . Sambil tu sempat lagi call Pok Nik ex staff OASB dulu...dia jemput ke rumah tapi tak sempat.

Sampai KL jam 11.30 mlm. Sepanjang hiway bawak 120km/j