Tuesday, August 12, 2008

Jumaat 8 Ogos 2008 Bela Burung Dalam Akuarium

Jumaat 8 Ogos 2008.

Balik dari keje gua terus lepak kat Shukran. Dah janji dengan "Pierre Andrea" untuk lepak minum petang. Kebetulan pulak Rizal, Azrol dan Min singgah kat Shukran jugak. Mengeteh sampai kul 8 mlm.

Tepat kul 11 malam, dia orang "gegar" gua dari bawah 207 untuk ajak pi Danau Kota. Tapi sebelum tu pi melantak kat Mayana. Masa tu barulah gua perasan pasal "bela burung dalam akuarium". Genius betul owner kedai ni hehehhehe... tapi orang yang mula-mula perasan tentulah Pierre Andrea. Maklumlah mata burung hantu.

Dekat 11 mlm ke atas baru konvoi ke Danau Kota. Sempat gak gua sambar kasut sepasang, Pierre Andrea pun sambar kasut sepasang dab bermuda. Kayo gak budak sowang ni. Lepak kat kedai bundle kawan Min sambil buat lawak Osama Laden..orang kat situ gelak sebab Osama Laden tu katek sangat wakakakkaakah...siut je...lepak2 sampai kul 2 pagi sebelum konvoi ke Jalan TAR lepak kat Lotus minum teh tarik sambil layan mata kuyu...uwaaaaaa ngantuk beb

No comments: