Friday, September 10, 2010

Hari ini dah 1 Syawal. Ramadhan telah berlaku, aku sendiri tak pasti ia sempurna atau tidak kerana bukan kuasa aku sebagai hambaNya untuk menilai apa yang telah aku lalui serta ibdah yang telah aku sempurnakan.

Syawal hari ini aku mulakan dengan memohon keampunan dari ibu, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dengan dengan penuh keihlasan. Semoga dosa-dosaku diampunkan. Mungkin secara tidak sengaja aku mungkin penah menguris hati perasaan ibu. Insyallah aku akan setiasa berusaha untuk tidak ulangi apa yang boleh sakiti hati ibu aku.

Hari ini solat Aidilfitri di Madrasah Desa Penarikan. Ramai juga ahli kariah yang hadir. Di mula dengan tadbir raya hinggalah ke bacaan tahlil untuk mereka-mereka yang telah tiada. Aku tidak kemana-mana hari ini, just spend time dengan famili sahaja.

Solat Jumaat hari ini di Masjid Tuanku Puan Chik, hujan renyai2 sedikit. Malam pula aku malas nak keluar sebab aku lebih suka habiskan masa di depan internet kali ini, adik beradik ramai berkumpul datang.

Moody juga bila aku dgr handphone yang telah dibaiki " hilang" ini angkara anak buah aku la ni. cakap pun susah, malas nak bising-bising time raya. Nanti ada pulak yang terasa hati. Dah bukan rezeki aku kot..

Buka email opis METEOR dan OUM, dapat email urgent untuk setup ISO untuk IPD, tugas berat menanti lepas balik raya nanti.

Selamat hari raya..maaf zahir batin kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ini

No comments: