Monday, January 25, 2010

Cedera Kerana Cubaan Samun

Tarikh :24 January 2010
Lokasi : Petronas Taman Sri Gombak
Masa: 9.20 mlm
Kes: Cubaan Samun Oleh 2 Orang Tidak Dikenali

Begini kronologi kes aku.

Perut aku masa tu rasa lapar, so aku start enjin terus cari gerai burger. Ingat malam tu nak makan burger je.

9.10 mlm : aku pi stesen Petronas kat Sri Gombak tu nak isi angin tayar dan beli topup
masa kat stesen aku dah nampak ada 2 budak naik motor ex5 isi angin jugak

9.15 mlm : aku nak gerak ke area CIMB sebab kat situ ada jual burger


9.16 mlm : budak yg naik motor tu tahan aku kat tepi simpang tak jauh dari petronas

i) dia kata kawan dia tetiba sakit dan minta bantuan aku. aku ckp aku tak tau


ii)Tapi masa tu tergerak hati aku nak standby stereng lock kat kaki aku.

iii) budak tu menerpa masuk kedalam kereta dan hulur pisau kat leher aku. aku sempat tepis
dan bergelut dalam kereta. Nasib baik budak tu kurus kering je senang aku asak dia ke deskboard.

iv) dia nampak aku capai stereng lock terus budak tu lompat kuar. aku kejar dgn stereng lock

v) sempat libas kat kepala lutut member dia masa dia orang jatuh motor . satu lagi libasan kena kepala ( tapi budak tu pakai helmet)

vi) masa aku libas budak yang jatuh tu, kawan dia yang pakai baju merah melibas pisau daging kat aku..aku berundur sedikit tapi kalau budak tu mara lagi kat aku sama 2 melibas la jawapnya.
vii) bila aku berundur, kawan dia bangunkan motor dan standby nak cabut...aku undur lagi bila budak tu cuba nak libas kat perut aku...


viii) dia orang cabut bila aku berundur.

aku masuk kereta dan cuba kejar tapi bila aku sampai kat simpang bawah tengok dah tak ada..aku pecut kat MMR2 harap2 jumpa tapi hampeh takde..
aku dapatkan rawatan luka kat ibu jari di klinik kita sentul boulevard.

Moral of story dont ever stop kat tempat sunyi kalau orang minta bantuan....kecuali anda berdua atau ramai.

1 comment:

Unknown said...

wow, berani siot ko...

Alhamdulillah nasib baik luka ringan...