Wednesday, December 15, 2010

Cuti seminggu rasa kejap je berlalu...makan tido..makan tido

Tarikh keluar posting

Post kat blog terdahulu terpaksa ditarik balik gara-gara tak mahu kecoh kan lagi keadaan....yang dah baca tu baguslah..yang tak sempat baca sila dapatkan primary data secara terus dari aku hahahahhaha...maklumlah nanti banyak pulak version cerita yang dah tambah garam ..tambah cuka lebih

Wednesday, October 20, 2010

Monday, October 11, 2010

Syukur Alhamdulillah..

wah lama sungguh aku tak kemaskini blog aku ni. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya aku berjaya harungi juga peperiksaan terakhir aku di UUM pada Sabtu yang lalu. Kertas terakhir aku ialah Corporate Finance yang aku belajar dengan Prof Dr Ari Warokko.

Lepas ni just tunggu result bila nak keluar je..maybe dalam sebulan lagi dapatlah result aku. Kena kumpul duit untuk konvo pulak lepas ni...duit EPF pun dah banyak aku korek untuk study ni...emmm hutang banyak wooooo....i hope this is right investment done by me

Friday, September 10, 2010

Hari ini dah 1 Syawal. Ramadhan telah berlaku, aku sendiri tak pasti ia sempurna atau tidak kerana bukan kuasa aku sebagai hambaNya untuk menilai apa yang telah aku lalui serta ibdah yang telah aku sempurnakan.

Syawal hari ini aku mulakan dengan memohon keampunan dari ibu, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dengan dengan penuh keihlasan. Semoga dosa-dosaku diampunkan. Mungkin secara tidak sengaja aku mungkin penah menguris hati perasaan ibu. Insyallah aku akan setiasa berusaha untuk tidak ulangi apa yang boleh sakiti hati ibu aku.

Hari ini solat Aidilfitri di Madrasah Desa Penarikan. Ramai juga ahli kariah yang hadir. Di mula dengan tadbir raya hinggalah ke bacaan tahlil untuk mereka-mereka yang telah tiada. Aku tidak kemana-mana hari ini, just spend time dengan famili sahaja.

Solat Jumaat hari ini di Masjid Tuanku Puan Chik, hujan renyai2 sedikit. Malam pula aku malas nak keluar sebab aku lebih suka habiskan masa di depan internet kali ini, adik beradik ramai berkumpul datang.

Moody juga bila aku dgr handphone yang telah dibaiki " hilang" ini angkara anak buah aku la ni. cakap pun susah, malas nak bising-bising time raya. Nanti ada pulak yang terasa hati. Dah bukan rezeki aku kot..

Buka email opis METEOR dan OUM, dapat email urgent untuk setup ISO untuk IPD, tugas berat menanti lepas balik raya nanti.

Selamat hari raya..maaf zahir batin kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ini

Thursday, August 19, 2010

Programme Coordinator & Contract

Hari ini merupakan hari ke 4 aku di IPD..ramai yang tanya IPD tu apa, ramai yang ingat Ibu Pejabat Polis Daerah...IPD aku ni ialah Institut Professional Development, Open University Malaysia. Lebih tepat lagi IPD ni dibawah METEOR Learning Sdn Bhd.

Sekejap je rasanya aku di Centre Tutor Management & Development (CTMD). Kira 2 tahun juga aku di CTMD, mula2 kena panggil dengan HRM rasa sedih gak bila diberitahu pasal job rotation. Apa pun layan jerrr..ini dah termaktub dalam surat tawaran bahawa boleh ditukar mana-mana anak syarikat (within group)...layan jerr laa

MBA? emmm insyallah bulan 10 ni aku exam. maka tamatlah MBA aku..plan nak buat DBA pulak

Monday, August 9, 2010

Apa salahku

Apa salah aku? aku pun dah tak tahu nak kata macam mana. Ingatkan berjauhan selama 2 minggu masing -masing akan belajar memahami antara satu sama lain. Lambat sms, call sekejap pun dah jadikan sebagai isu. Perangai aku mmg macam ni, aku bukan suka bergayut kat handphone 24 jam..

Aku dah belajar untuk menerima cinta dia tapi ada sahaja yang tak kena. Tak fahamlah aku....sikit sikit salah aku...