Tuesday, December 30, 2008

Kenduri Krul

Ahad Lepas 28 Disember 2008 kenduri kahwin anak saudara aku Krul. Majlis kenduri buat di Lot 1110 Felda Tersang 1 Raub Pahang. Keluarga dari Bahau konvoi 5 biji kereta ke sana. Kami sampai sana hari Sabtu petang dan tak sempat tengok Krul bersanding kat rumah perempuan.

Ramai juga sanak saudara yang aku jumpa . Maklumlah 3 keluarga (3 ibu) arwah abah aku berhimpun. Ramai nya anak-anak saudara aku. Ada anak-anak saudara yang dah kahwin pun ada...so bila dah macam tu apa lagi...soalan bertalu-talu tanya aku bila lagi?

Balik dari Raub, kita orang singgah jalan-jalan kat Bukit tinggi Resort. Melepak kat situ sambil ambik gambo. Balik lalu KL dulu baru masuk hiway PLUS ke Seremban. Stop kat umah Azli kejap untuk makan mlm. Lepas tu baru masing-masing berpecah ke destinasi masing-masing.

No comments: