Wednesday, October 28, 2009

Ibu Tiri Kembali ke Rahmatullah

Isnin (26 Oktober 09) lepas aku dapat MC 2 hari sebab demam (108 darjah celcius) suhu badan. Masa petang tu jam 5 petang masa aku tido kat ruang tamu, krul (anak saudara) bagi tau yang nenek dia (ibu tiri aku) tengah nazak. 15 minit kemudian krul kata nenek dia dah meninggal.

Aku call kg dan beritahu kat family yang aku akan ke Kuantan untuk ziarah arwah. Ajak si rizal sekali sebab balik KL nanti aku sorang-sorang pulak. Sampai tol gombak abang zul (ayah krul )call kata dia kemalangan di Bentong. Terus kita orang ke sana untuk rescue. Kete wira tu hantar ke bengkel sebab rosak teruk gak nasib baik mereka ok. Sampai gambang, kuantan dalam pukul 10.00 malam.

Jenazah letak kat ruang tamu dan dibuatkan tabir. lepas amik wuduk aku baca surah yassin dan dok la kejap kat sisi arwah. Umur arwah 75thn masa meninggal. Kalau tak silap aku arwah abah meninggal umur 66 tahun (2001) makna nya kalau abah masih hidup kira sebaya lah umur dia dgn umur ibu tiri aku.

Aku kat sana sampai jam 1 pagi sebab kena balik KL, rizal ada urusan syarikat dia nak kena buat esok nya. berhenti makan kejap kat gambang (al maklumlah mana leh nak berjamu makan di rumah orang meninggal) . Sampai kl jam 4 pagi ..mandi dan terus tidooo...

Al-Fatihah untuk ibu tiri ku yang aku panggil Mak.... amin

No comments: