Monday, July 28, 2008

Hujung Minggu yang lalu....(26 & 27 Julai 2008)

Jumaat 25 Julai 2008.

Lepas balik keje aku terus call farok tapi line hp dia bateri low pulak, kemudian aku call Shahril ajak lepak sama-sama. Jumpa kat Shukran kemudian konvoi ke Kerinchi mana lagi kalau bukan lepak kat char kew tiau kerang dengan farok dan shahril. Tengah makan, abg farok si furkhan pun join sekaki. Hujan mula nak turun, lepas makan si Rizal roger kata ada kat nasi lemak ayam berempah kat Komuter Pantai Dalam. 15 minit kemudian Min pulak sampai join sekali. Lepak situ kejap je. Jam dah kul 11.00 malam, macam biasa buat ad-hoc plan pergi mandi air panas kat kolam air panas selayang. Farok dan Rizal naik V6 hitam yang bunyi eksos yang aku boleh kategorikan sebagai mencemar alam heheheh...Shahril tak boleh join al -maklumlah dia kena "check-in" dalam pukul 12 mlm , kalau tidak nanti bising lak mak dia.

Sampai kolam air panas dah lewat..makkk aiii ! ramainya umat..3 kolam yang ada semua ada penghuni. mat-mat kelate paling ramai siap bawak "cia--cia" lagi hehehhehe. Kita orang port kat kolam depan sekali yang suhu dalam 70 darjah je kot, aku main agak2 je suhu. Kul 1.30 pagi semua plan balik umah. Farok tido umah Rizal sebab esok pagi-pagi Rizal akan hantar dia ke rumah aku. Min jalan balik saing dengan aku, sampai sentul kita orang berpisah.

Sabtu 26 Julai 2008

Lepas subuh aku gerak ke Rawang ke rumah kakak aku. Sampai rumah, KaK Zah pi beli sarapan, abg Joe pulak dah gi keje. Nurul anak saudara aku je yang ada. lepak kejap terus kakak aku balik bawak nasi lemak ngan kuih. rezeki-rezeki hehehehehe... lepas sarapan aku terus hantar kak zah ke selayang tempat keje dia. Aku pulak bawak balik sport car putih tu ke sentul. On way ke sentul aku call Rizal dan Farok tapi hampehhhh dua-dua line tak pickup.

Sampai kat parking, nampak Farezz BSKL tengah panaskan enjin kereta MyV dia. Nak gi opis kejap katanya. Farez ajak lepak sarapan dengan dia..alahaiii! minum lagi . Tak pe rezeki jangan ditolak. Kul 9 pagi aku naik ke Level 7, lif rosak menapak naik ke Level 7 . Hampeh punya maintenance bila nak baiki.

10.00 pagi Farok dan Rizal sampai, masa tu aku dah siap-siap kat kereta tengah panaskan enjin yang dah sedia panas. Set radio kereta sambil jengok dia orang pi sarapan kat kedai roti canai yang aku dan farezz lepak sebelum tu. Kelam kabut farok sarapan bila aku kata kena amik Min dan Shahril kat Pantai Dalam. Rizal tak ikut sebab dia ada meeting dengan kontraktor dia pukul 11 pagi katanya. Gerak ke Pantai Dalam kul 10.20 pagi untuk amik puter-putera raja tu. Mula-mula amik Min dulu kat flat 100 kemudian baru amik Shahril. Kasihan aku kat Shahril sebab awal dia bersiap. Isi minyak kat Petronas yang nak ke arah bukit Gasing kemudian terus ke Highway KL-Seremban. On way tu aku call anak buah aku si Khairul, dia masih kat Bukit Putus lagi katanya. Aku call abg aku, abg zul masih kat Sg Besi dai dari Raub Pahang. Sampai Hentian Nilai berhenti kejap sebb Min lapar dia tak sarapan lagi. Berhenti 15 minit kemudian terus kan perjalanan.

Oleh kerana leka " berdebat" degan Min pasal mahkamah dan police report terus aku tersalah amik simpang. Aku terambil simpang ke KLIA..uwaaaaaaa! jauh tu nak cari tempat u-turn. Ini Min punya pasal la ni...hampeh punya Co-Pilot. Aku drive terus sampai aku decide guna jalan kat ENSTEK je...sebab dari enstek ke Nilai dah dekat. Tapi entah macam mana entah aku sesat pulak lupa jalan dari enstek ke cempaka Nilai. Last-last ikut jalan lama ke seremban keluar kat Tol Seremban hehehhehe... dari Tol tu si Krul asyik call tanya aku kat mana. Sampai tol Nilai along (azman) dah tunggu dengan WHL milik krul. So follow kereta dia ke rumah along. Sampai umah along, aku tengok ramai dah yang sampai dalam 6 biji kereta. Salam dengan abg zul terus lepak kat kereta sambil layan budak-budak ni merokok.

Gerak ke Felda LBJ lepas Zohor. Konvoi 9 biji kereta. sampai sana lepak sekejap je kat dalam konon nak tgk bakal tunang along heheheh tapi "perbincangan tok-tok ketua" lama bebenor jadi aku dan krul pun senyap-senyap lepak kat luar join anak-anak teruna lain hehehhe ( teruna ke?) heheheheh....Lepas makan kenduri aku mintak izin dengan kak dan abg zul untuk minta diri dulu

Destinasi seterusnya ialah Pantai Port Dickson, jarak dari LBJ ke PD tak jauh pun. Decided tak nak ikut highway. Aku drive ikut jalan lama Lukut. Co pilot aku masih lagi Min. Farok buat taik mata kat belakang. Sampai Teluk Kemang tengok orang ramai kat situ, maklumlah cuti hujung minggu, paling ramai abang-abang askar la apa taknya kem tentera dekat je kat situ. Kebetulan pulak YB Datuk Seri Syed Hamid Alba tengah bagi ucapan masa aku parking kereta. Kempen anti dadah tapi yang datang bukan mat pet hahhaha yang datang budak-budak askar jugak..

Bayar RM15 untuk payung dan kerusi terus tukar baju. Aku ngan farok merasmikan dulu terjun dalam laut hehehhehe... Min pulak tengah risau kunci motor dia tercicir sampaikan nak mandi laut pun tak de mood ( sedangkan kunci tu ada pada Shahril dan Farok sorokan). Mandi sakan sambil farok nak layan awek tomboy kat situ dengah group dia heheheh cun jugak muka tomboy tu tapi sayang tomboy. Tomboy pun tomboy lah kalau wanita tetap wanita heheheheh...
Mandi kat situ sempat lagi "tanam" farok. aku min dan shahril gotong royong sampaikan pengunjung yang datang dok tengok kita orang je. Mandi laut sampai kul 7.30 baru gerak balik. Balikpun bukan balik KL tapi balik ke Bahau umah mak aku. Dah janji nak balik bahau kejap.

Dari PD drive ke Seremban. Dari Seremban terus masuk ke Bukit Putus. Masa tu kereta dah tak banyak. Layan F1 kat situ kena slow sikit sebab malam. Sampai kuala pilah hujan mula turun renyai-renyai. Akhirnya sampai jugak aku kat Bahau tepat 10.00 malam. Mak aku dah standby depan pintu. Adik aku pun balik jugak rupanya. Salam cium tanggan terus mandi nak segarkan badan. Mak aku masak gulai ayam, telur goreng, sayur dan ada sambal tempoyak sekali. Lapar..lapar abis lauk kita orang belasah. Lepak sekejap sampai kul 11.15 mlm baru bergerak balik KL. Masa kat Kuala Pilah hujan dah makin lebat ... mata aku lak beri amaran semacam je. ngantukkkk.. Sampai kat Terachi depan Sekolah Yam Tuan terus aku suruh Shahril drive sebb dia penah drive kat Bukit Putus dulu katanya. Tapi suspen jugak suruh dia bawak sebb takut dia tak biasa layan F1 Bukit Putus tu. Sampai Tol Senawang aku suruh Min amik alih. Teus aku membuta tapi aku rasa masa kat highway tu Min tekan kereta 120km/sejam rasanya. aku jeling je kat meter nasiblah kalau kena speedtrap.

Sampai KL kul 1.30 pagi. berhenti kat umah Min kejap kemudian decided pi teh tarik kat Shukran. Jam dah kul 2.30 pagi maka masing-masing nak balik dah. Aku hantar Min dulu, kemudian hantar Shahril last sekali hantar Farok. Masa nak balik Sentul aku masuk Town dulu saje je...lepas tu balik sentul . Masalah Parking la pulak penuhhh dah. Last sekali dapat tempat kat depan Kondo yang underconstruction tu. Naik level 7 terus capai bantal tidooooo..


Ahad 27 Julai 2008

Lebih kurang kul 11.30, Ita sms aku jadi ke tak datang opis tolong dia kat Level 11. Aku tipun dia semula kata ok jumpa kat Level 10A kul 3 petang. Lepas tu aku bangun mandi dan sidai baju yang ada dalam mesin basuh. Aku gerak ke Rawang umah kak zah dalam kul 12.30 tgh. Sampai sana kakak aku dah masak langkah kanan la hehehhe...kerang campur pucuk paku masak lemak cili padi heheheheh...dari rawang aku gerak ke PWTC. Sampai opis jam 3.00 petang tepat. Ita sampai 15 minit kemudian. Kita orang naik ke level 11 dan terus sort file sampai kul 6.15 petang. Tipun farok dia kata dia ngan rizal kat Sogo. Maklumlah esok farok nak balik mengajar kat kelantan.

Itulah aktiviti aku hujung minggu ....meletihkan tapi yang pasti sabtu dan ahad tu banyak gak RM aku mengalir...bayangkan RM100 je untuk minyak kereta..belum lagi tol KL-KLIA, Seremban ke Nilai , Senawang ke KL. Uwaaaaa.

No comments: