Monday, April 5, 2010

update

lama dah aku tak update blog aku ni. sepanjang last week mcm2 dah berlaku. presentation untuk MBA dan juga pembayaran bonus oleh OUM. Paling mengejutkan ialah apabila aku dapat "bertemu" semula teman istimewa aku suatu ketika dulu. Teman istimewa yang pernah merancang untuk membina kehidupan bersama.

Itu semua kenangan lama, kenangan yang adakalanya pahit dan ada kalanya manis. Aku redha apa yang berlaku sebelum ini adalah takdir Allah. Dia pun sudah punya dua cahaya mata sekarang. Melalui lensa kamera yang dirakamkan dari FB dia, jelas dia semakin bahagia dengan pilihan keluarga. Aku turut tumpang gembira walau kadang2 rasa sakit hati masih ada. Tapi semua cerita lama...cerita lama yang dah berlalu pada masanya.

Sunday, March 21, 2010

Assignment Communication for Managers

Communication for Managers

Lecturer: Dr Muhamad Sham Shahkat Ali

Course Assessment:-
1. Public speaking -20%
2.Individual Assignment-20%
3. Mid Term Exam -30%
4.Group Assignment-30%

uwaaaaaaaaaaaaa....banyak keje la semester ni.

Friday, March 19, 2010

Juru Acara Majlis Konvokesyen Khas 2010

Semalam berlangsung majlis konvokesyen khas untuk graduan Sarjana Muda Keguruan yang dilahirkan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Open University Malaysia. Muda-muda cikgu-cikgu yang graduate. Kadang-kadang bila aku tengok muka dia orang rasa tertanya-tanya, jambu dan comel-comel cikgu ini semua....tapi yang pasti ilmu dan diturunkan kepada mereka dan sekarang pandai-pandailah untuk mereka membawa diri mengajar anak bangsa ...jangan korang salah ajor cukup lah...

Untuk majlis itu, aku dan Norasmahan dipilih sebagai Juru Acara utama. Thank you kepada semua pihak yang banyak berikan sokongan. Aku akui jadi MC bukanlah semudah yang orang lihat. Banyak benda kena ambil tahu. Silap aje sedikit, habis semua mood event.

Anyway thank you kat asmahan juga sebab saling mengingat antara satu sama lain masa di "mimbar" MC.

Wednesday, March 10, 2010

Coret-Coret pagi

Dah lama aku tak menulis kat blog. Sepanjang minggu lepas dan minggu ni kepala masih rasa dizzy, tambah pulak dengan selesema dikit dan batuk. Bila jumpa Dr, dia kata OK cuma faktor cuaca. Harap-harap cepat sembuh sebelum minggu konvo.

Sentuh pasal konvo, aku dan asmahan akan jadi MC utama. Backup kami kak fitri dan Bro Zul. Harap2 aku boleh buat yang terbaik.

Kerja sekolah berlambak pulak tu. Banyak giler assignment sem ini. Hope i can face it.

Balik kg? ingat lepas kuliah sabtu ini nak balik kg. Tunaikan tugas sebagai anak.

Friday, March 5, 2010

Senaman Pagi Jumaat

Ini gara-gara dah lama tak naik public transport.

1) Hantar gebu ke pusat service AU2
2) Teksi tak nak berhenti la pulak
3) Jalan kaki sebatu ke stesen LRT Jelatek
4) Naik train ke Masjid Jamek
5) Tukar star LRT kat Masjid Jamek ke PWTC stesen
6)Tahan teksi 3 @4 tapi tak nak berhenti nasib baik teksi ke 5 nak berhenti
7) Sampai opis 9.15am
8) alahaiiiii nak amik gebu mcm mana ek?

Friday, February 19, 2010

Facebook mania

Now day everybody setup their facebook. Fenomena facebook mania. Baik cara guna maka baiklah jadinya, tapi jika buruk niatnya maka buruklah jadinya...

Wednesday, February 10, 2010

Suatu ketika: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan











Ini zaman aku jadi student. Aku bentang kertas kerja depan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak masa tu beliau masih TPM . Event ni masa aku jadi ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Mei 2008.