Wednesday, November 11, 2009

Toleh Kiri Toleh Kanan

Hari ni aku dtg awal mcm biasa kat opis..semalam tido kat gombak. Ngantuk tahap lentok dah ni... toleh kiri toleh kanan aku tengok anizol dok balas email ..apa2 tah dia ni..awal giler buat keje. kejap-kejap pegang kepala. tak kan migrain kot?

Karyati lak aku dengar bunyi keyboard je ketuk ketak...tak pe biarlah dia yang ketuk jangan hantu yang ketuk dah lah ..al maklumlah kat OUM ni banyak hantu heheheh....

Petang ni ingat nak beli kemeja untuk guna masa konvo.. blue shirt ..emmmm..cari kat sogo je kot..

Tuesday, November 10, 2009

MIX OF THE YEAR

Berdiri sebelah Prof Ir Dr Rosli, Tan Sri Azman Hashim












Gambar bangunan dari belakang













Hahahaha budak botak









Awek mana ni ek? hehehehe




























































































Monday, November 9, 2009

Comel tak?

Cun tak ? seksa aksi ni aku tgk


Macam penah tgk tapi kat mana ya?

Pesta Gol Skuad Hoben Jang Hoben!




Amik ko kelate ! 3-0 di borikan kek budak-budak skuad jang. Kono hoben cukup-cukup kek stadium bukit jalil. Sonyap terus bila gol pertamo..laei sodap bila gol ketigo jo dah kosong stadium..

Bilo kalah jo pi bakar kerusi stadium, kan banggang namo eh tu...tak sekolah ko? Tok Guru ajar macam tu ko? sekolah bertingkat-tingkat tapi banggang pun janganlah bertingkat gak.

Dah lah maso den nak pi kelas kek UUM KL sosak yang amat sobab kek situ tompek berhimpun red warrior yang hangat taik ayam jo. Nyusahkan den nak parking keto jo..

Tapi tahniah lah kek budak-budak jang n9. Ekau orang layak dapek gelaran tu. Pado MB tu, kokalkan momentum bayar gaji copek dan tak ado tertunggak macam orang lain.

Daulat Tuanku! Tahniah kek DYMM Tuanku Muhriz Tunku Munawwir atas pertabalan tunku dan kemonangan n9 3 butir berbaleh 1 dongan skuad kijang ... tapi kan dah sah-sah ruso tanduk lagi kuek dari kijang? renung-renungkan...

Hoben jang hoben! hoben jang hoben!

Wednesday, October 28, 2009

Lantikan Sebagai Pengacara Majlis Konvokesyen Ketujuh

Lantikan Sebagai Pengacara Majlis Konvokesyen Ketujuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagi pihak JK Penyelarasan Juru Acara MK7 saya mengucapkan tahniah kepada saudara/saudari kerana terpilih sebagai Pengacara Majlis Konvokesyen Ketujuh yang dijadualkan pada 14 - 19 November, 2009.

Sehubungan itu, latihan pengacaraan dijadualkan pada setiap pukul 4.00 - 5.30 petang di Bilik Seminar Kenanga pada tarikh-tarikh berikut: 1) 28 Okt. 2009 2) 3 Nov. 20093) 5 Nov. 20094) 10 Nov. 20095) 12 Nov. 2009

Dilampirkan bersama ini senarai nama Pengacara dan Skrip MK6 untuk dibawa bersama pada setiap kali sesi latihan. Kerjasama dan sokongan yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Salam Hormat
Rosmawati Hasan
Centre for Instructional Design & Technology (CIDT)
Open University Malaysia
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur