Ahad lalu aku ke Seremban. AKu pi sana untuk bagi Firdaus duit RM226.00 untuk projek kami bulan Febuari 2009 nanti. Saja bayar awal senang sikit. Aku sampai Seremban dah tengah hari apa tak nya naik komuter dari KL Sentral. Rasa nyesal sungguh naik komuter. Perjalanan yang lembap tapi aku anggap aku naik Oriental Express jerrr hehehhe....
Sampai Seremban, abg Ghani tunggu aku kat stesen pi melantak kat Seremban Jaya dulu sebelum dia hantar aku kat OUM Seremban. Kul 2.30 petang aku lepak dengan Firdaus dan Maizura kat M Floor. Tinjau-tinjau jap budak-budak amik exam lepas tu ikut Firdaus bank in cash kat CIMB Terminal. Bawak RM16K untuk bank-in. Lepas tu balik semula ke OUM sebab dia nak work-out.
Mula-mula ingat nak basah tekak area Seremban, tapi sebelum tu pi tengok kat panggung wayang citer apa yang ada...adeeh! semua tak best. So plan nak gi McD atau A&W tapi tak pi last2 si Firdaus ajak minum kat Port Dickson.
Sampai PD dalam kul 5 ptg kot. Parked kat Regency Resort terus ke restaurant Regency tu. Not bad that area. Private beach. Aku order English Tea dengan Boneless fried chicken with sauce dan di Firdaus order air apa tah dengan Fish & Chip.
Dok sembang-sembang tak sedar dah pukul 7.00 petang. Kebetulan pulak sebelah meja kami ada 3 orang aweks mak datuk seksi giler. Gaun minah tu transparent la pulak. Sunset view..alamak so romantik beb! tapi kalau ngan awek memang tangkap stim la jawapnya ..nasib baik dengan si Firdaus wakakakakah.
Kami bertolak balik ke KL kul 7.45 kalau tak silap. Firdaus pulak nak hantar aku balik ke KL Sentral . Perghhh! Thank you so much friend hantar ke KL. Aku cuma tolong bayar duit tol je. Samapi KL dlm 9 mlm aku ajak Firdaus lepak kat kedai family angkat aku kat Brickfield. Ibu dan pakcik ada kat sana. Ramai gak customer masa tu so tak leh la sembang sangat dengan Ibu.
Kul 10.00 mlm Firdaus hantar aku kat atas Sentral 5 untuk aku amik motor aku kat sana. Dia pulak terus masuk hiway balik Seremban. Balik umah terus pesawat 747 aku landing kat depan tv ..tau apa jadi? aku membuta la..........
Tuesday, December 2, 2008
Yayasan Canselor







25 December 2008, Bertempat di JW Marriot Putrajaya maka tersebutlah kisah berlangsungnya Majlis Yayasan Canselor . Pak Lah merasmikan majlis malam tu. Kira grand la jugak tetapi masih dalam keadaan berjimat.
Aku dengar citer dekat 10 table tak cukup untuk staf yang datang..uiks? nama dah beri awal-awal tak kan tak update kot? Malam tu alhamdulillah dapatlah kumpul RM10 juta.
Artis malam tu artis vateran. Datuk Yusni Hamid jadi entertainer malam tu. Tapi sempatlah jugak Yusni Hamid nyanyi berduet dengan pak Lah. Lagu apa aku pun tak tahu sebab lagu evergreen.
Aku dengar citer dekat 10 table tak cukup untuk staf yang datang..uiks? nama dah beri awal-awal tak kan tak update kot? Malam tu alhamdulillah dapatlah kumpul RM10 juta.
Artis malam tu artis vateran. Datuk Yusni Hamid jadi entertainer malam tu. Tapi sempatlah jugak Yusni Hamid nyanyi berduet dengan pak Lah. Lagu apa aku pun tak tahu sebab lagu evergreen.
Sunday, November 23, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Dating Time......Monday 17 November 2008
Hari Isnin 17 November 2008, aku memang dah plan nak pi buat rawatan gigi di klinik Dr Junaidi di Klinik Kesihatan Kajang. Aku cabut gigi geraham atas kali ini. Ni dah masuk 3 kali Junaidi kena cabut gigi aku siap bebel lagi dia masa cabut suruh jaga gigi. Aku ni macam budak-budak kot asyik makan benda bergula je. Paling syok sampai klinik terus amik nombor dan sms Dr Jun kata aku dah sampai. Alamak! makcik dan pakcik kat klinik tu perati kat aku..al maklumlah aku potong Q heheheheh....Junaidi cabut gigi aku kejap je tak sampai 6 saat pun. Siap bagi MC lagi . yahooooo leh jalan-jalan lepas ni.
Dari kajang aku balik umah dulu..lepak2 depan tv sampai kul 1.30 petang. upsss ! janji dengan si A.H nak jumpa tapi hujan pulak. Call A.H kata lambat sikit sebab hujan. Sampai Shah Alam jam 2.30 petang terus park motor kat KPJ SMC. ..A.H ambil aku kat situ dan terus ke SACC Mall. Lepak pusing-pusing jap sambil tgk baju kemeja warna green light. Perut lapar tapi gigi masih terasa sakit bila lepas cabut. So ajak A.H makan kat KFC PKNS. Lama gak lepak sana . Dari sana A.H nak beli lauk untuk masak malam so dengan penuh "macho" sudi menemankan dia ke TESCO. Aduh!! berapa tahun dah aku tak penah pi beli ikan dan sayur. Seingat aku dah dekat 3 tahun semenjak aku dan ex-awek (MMS) aku dulu.....
Lepas tu A.H tunjuk rumah dia...so lain kali senang sikit aku nak letak motor aku kat sana kalau kuar dating hehehehehhe.... dari S.Alam aku terus ke SOGO cari kemeja untuk photo shoot CTMD website. Dapat sambar sehelai yang harga asal RM130.00 tapi after diskaun dapatlah RM70 . Tali leher pulak aku beli kat BB Plaza dalam RM39.90 cantik gak tali leher aku pilih ( cewah puji diri nampak). Aku sampai umah dalam kul 9 mlm..lepak2 lepas solat lepas tu korang tau apa berlaku? lepas tu aku ZZZzzzzzzzz la ..itu pun nak kena bagi tau ke wahai pembaca blog aku.
Monday, November 3, 2008
Weekend at Kuantan...........
Sabtu 01 November 2008 aku kena bertugas jaga exam kat UM. Nasib tak baik kot budak PP Bangi sebab terkantoi meniru. Nak meniru pun tak tahu ke? hahahhaah sowi lah mata aku ni ada empat hahaha..
Ahad 02 November 2008. Travel ke Kuantan dengan si Niza untuk "uruskan" hal adik sepupu dia. On way tu kena saman:-
Niza: " Tu depan tu ada polis..ko bawak berapa laju?".
Aku: " tu..( sambil tunjuk meter 120km/sejam) hahahahah kantoi
Sampai Kuantan pi rumah HEP KIPSAS lepas tu baru jumpa si Mus kat Kuantan Mall. Lepak minum2 dengan dia sambil get ready "operasi" . Sambil tu sempat lagi call Pok Nik ex staff OASB dulu...dia jemput ke rumah tapi tak sempat.
Sampai KL jam 11.30 mlm. Sepanjang hiway bawak 120km/j
Ahad 02 November 2008. Travel ke Kuantan dengan si Niza untuk "uruskan" hal adik sepupu dia. On way tu kena saman:-
Niza: " Tu depan tu ada polis..ko bawak berapa laju?".
Aku: " tu..( sambil tunjuk meter 120km/sejam) hahahahah kantoi
Sampai Kuantan pi rumah HEP KIPSAS lepas tu baru jumpa si Mus kat Kuantan Mall. Lepak minum2 dengan dia sambil get ready "operasi" . Sambil tu sempat lagi call Pok Nik ex staff OASB dulu...dia jemput ke rumah tapi tak sempat.
Sampai KL jam 11.30 mlm. Sepanjang hiway bawak 120km/j
Subscribe to:
Posts (Atom)









