Tuesday, August 12, 2008

Jumaat 8 Ogos 2008 Bela Burung Dalam Akuarium

Jumaat 8 Ogos 2008.

Balik dari keje gua terus lepak kat Shukran. Dah janji dengan "Pierre Andrea" untuk lepak minum petang. Kebetulan pulak Rizal, Azrol dan Min singgah kat Shukran jugak. Mengeteh sampai kul 8 mlm.

Tepat kul 11 malam, dia orang "gegar" gua dari bawah 207 untuk ajak pi Danau Kota. Tapi sebelum tu pi melantak kat Mayana. Masa tu barulah gua perasan pasal "bela burung dalam akuarium". Genius betul owner kedai ni hehehhehe... tapi orang yang mula-mula perasan tentulah Pierre Andrea. Maklumlah mata burung hantu.

Dekat 11 mlm ke atas baru konvoi ke Danau Kota. Sempat gak gua sambar kasut sepasang, Pierre Andrea pun sambar kasut sepasang dab bermuda. Kayo gak budak sowang ni. Lepak kat kedai bundle kawan Min sambil buat lawak Osama Laden..orang kat situ gelak sebab Osama Laden tu katek sangat wakakakkaakah...siut je...lepak2 sampai kul 2 pagi sebelum konvoi ke Jalan TAR lepak kat Lotus minum teh tarik sambil layan mata kuyu...uwaaaaaa ngantuk beb

Saturday, August 2, 2008

Whose this Girl?





Siapakah Gadis Misteri Ini? Adakah "janda"ku atau "skandal lama heheheheh..Wajah ini sentiasa bermain di mimpi ku..perghhh jiwang la pulak

Wednesday, July 30, 2008

AUKU..Akta Universiti dan Kolej Universiti

AUKU...Akta Universiti dan Kolej Universiti ? Ada lagi ya Kolej Universiti? mungkin dah tak banyak. Apa pun isu sekarang ialah pada AKTA itu sendiri. Isu tentang pindaan akta dah lama dimainkan walaupun OUM tidak terlibat langsung dengan AUKU ini. Macam-macam pendirian dari menteri, pemimpin pelajar, orang awam, ahli Yang Berhormat, ahli akademik bahkan juga TPM turut memandang serius tentang hal ini.
Ada yang berpendirian AUKU ni baik untuk mahasiswa, ada yang kata AUKU perlu dihapuskan dan diganti dengan akta baru dan ada pula yang mahukan peruntukan tertentu AUKU perlu dipinda. Bagi aku, aku memilih untuk pilihan yang ketiga iaitu AUKU perlu dipinda.
AUKU bukan hanya untuk pelajar sahaja tetapi melibatkan pensyarah. AUKU bukan juga sekadar hal ehwal politik dalam kampus tetapi juga ia adalah dasar utama tentang menjadikan universiti sebagai gedung ilmu. Jangan sekadar mengangguk saja wahai mahasiswa kerana universiti memaksa anda kepada ketaatan dan menghalang pemikiran bebas dan terlalu mengawal. Alhamdulillah OUM tak timbul pun sebarang pilihanraya kampus. Kalau wujud, aku rasa OUM ini yang paling bersejarah di Malaysia kerana apa? Kerana majoriti di OUM ini layak mengundi di Piliharanraya Umum. Maklumlah purata umur 30an ke atas.
Yang pastinya kat OUM ini ada yang terlibat secara aktik di dalam politik, ada ketua cawangan UMNO, Ketua Bahagian pun ada..itu yang UMNO, ada juga yang berpengaruh dalam PKR dan juga PAS . Tapi satu yang aku respek di OUM, what ever party you are, dalam kelas tetap sejiwa menuju perkara yang satu iaitu segulung ijazah....