Monday, July 21, 2008

Weekend yang lalu....

Hari sabtu dan ahad (19&20 Julai, 2008)

Sabtu...

None interesting yang berlaku. Sabtu aku clearkan rumah aku, berhabuk lama tak kemas. Mana2 fail yang aku "angkut" masa kat Oxford dulu aku go through semula tengok mana yang penting aku simpan, mana yang tak penting jawaplah masuk tong sampah kat bawah rumah aku lerr jawapnya. banyak gak " khazanah" yang aku angkut dari Oxford hehehhehehe....file Tan Sri Rozali punya bangalow pun aku duplicate file aku simpan..file khas Encik Azman CEO aku yang aku jaga pun ada ngan aku..file Amran je aku tak ingin pun nak bawak balik.

Sebelah malam pulak si Faruk, Min, Syahril sms kata nak dtg umah aku. Cilaka punyak budak-budak ni. Pi Sg Gabai tak ajak aku siang tu. Hampeh betul. tapi tak pe dia orang pi sana pun tak plan ...tepat kul 10.30 mlm si Fahmi Menara Orked tipun nak bagi aku resume dia. uikssss jarak rumah dia ngan umah aku cuma 5 minit perjalanan je tapi itupun dia boleh sesat..nampak sgt la bukan kaki merayau mamat sekor ni.

Pukul 11.30 mlm Faruk. Min dan Syahril sampai. Test baju jaket yang aku bagi heheheheh. lepas tu farok mengadu lapar....aduhh anak buah aku sowang ni. Turun kat bawah melepak kat kedai makan yang biasa aku melantak. Sembang2 sambil tgk movie astro tak sedar dah kul 4 pagi. Kita orang naik semula ke tingkat 7 terus sembang2. mula2 budak2 tu nak balik tapi dah masing2 buat lawak yang memang lawak so apa lagi sampai subuh melepak kat umah aku. Azan subuh je si syahril buat lawak dia.." pstttt diam lah..azan subuh tu..tido-tido" automatik lepas je azan semua terlena. nampak sangat tak solat subuh..sedar2 kul 10 pagi ahad dah.... pi sarapan roti canai kat bawah sambil baca paper dengan syahril dan faruk. Min masih baut taik mata level 7 alamak ! artikel pasal OKU PLPP kuar heheheh paling gempak muka aku pun ada sekali sebagai kaunselor wakakakakah..

Friday, July 18, 2008

Team Aku



18 Julai 2008- Minyak dah turun sikit dah....emmmm bila agaknya minyak nak di revise semula ekkkk....

Thursday, July 17, 2008

Sesi Pengambaran Video Pre-Graduation Night

Rabu 16 Julai 2008.

Pada sebelah petang aku ada shooting untuk rakaman slot vedeo presentation yang akan digunakan untuk malam Pre Graduation Night. Team CIDT -Centre Instructional Design Technology . Terima Kasih kepada Encik Mazlan Pengurus CIDT, Abg Leh dan kakak yang aku pun tak tau apa nama dia. Shooting kat lokasi OUM ruang legar start jam 6.00 petang. TQ kepada "artis-artis" yang aku paksa jadi "pelakon". Terima kasih kepada Abg DSP Bahrain, Darul Azrita dan Felix Desmond. Korang bertiga memang sporting beb! shooting cuma dalam 1 jam 30 minit dah settle.

Monday, July 14, 2008

Last week..

Hari ini aku nak citer pasal apa yang berlaku sepanjang last week. Tak banyak perkara yang menarik. Sabtu aku balik ke Bahau bertolak dari KL jam 10.00 am sampai sana dalam kul 12.30 tgh. Kat Bahau just lepak-lepak je kat umah. Sebelah malam aku ke umah kak long aku. Kebetulan pulak potong kek birthday anak buah aku si azwan yang ke 15 tahun. PMR dia tahun ni.
Ahad pulak aku bertolak balik ke KL jam 12.00 tgh. Lebih kurang 1 km lagi nak sampai hentian R&R Seremban menghala ke KL, tayar motor aku pancit.Uwaaaaaaaaaaaa.... time tu aku pecut 120km/sejam. Macam pelesit aku bawak motor WQN aku tu. Bila terasa angin semakin kurang aku terpaksa slow terus lagipun jalan basah sikit masa tu..ketat gak aku time tu. Aku redah je naik motor tu sampai Shell hentian Seremban tu. Gelabah gak time tu mana lah tua kot-kot tak ada pulak mekanik "haram" punya hp no kat pam angin . Tiba2 sekor orang cina dlm laung kat aku..sah ni mesti mekanik "haram". Tak pikir panjang dah suruh je dia baiki motor aku. Cekik darah punya cina dia tekan aku RM30.00 hampehhh tul. Nak tak nak kena lah bayar jugak kalau tak berasap aku menolak motor ke Nilai. Sebab kat Nilai je ada bengkel motor.
Sampai kat umah KL jam 4.30 petang dekat nak masuk Asar dah. Si Krul ada kat umah tapi "membuta" je.. aku kejutkan dia sebab dia janji nak hantar TV kat umah abg Ujang. Masa ke Cheras jalan sesak pulak. Kita orang ikut MRR2...sampai Cheras terus abg Ujang ajak ronda-ronda kat Jalan TAR. Kak Mah dan anak saudara dia yang belajar kat MasterSkills tu ikut sekali. Drive kereta ke stesen LRT Tasik Selatan, parking kat situ je naik LRT tak yah pening kepala. Kat Jalan TAR kak Mah beli kain ela untuk pakai gi keje kata kak Mah. Aku pulak sambar selimut ala-ala harimau heheheheh...bukan mahal pun RM10 je hehehhehe..Masuk Mydin pulak aku beli pisau cukur aku.
Kul 9 mlm kita orang balik ke Cheras. Makan malam kat umah abg aku kemudian aku drive balik ke sentul. Balik ikut MRR2 semula..on way balik si Ikmal PNB call aku. Dia dengan member dia ke Melur Aprtment jumap "skandal" dia la tu heheheheh. Lepak sembang kat parking..ajak minum si Ikmal kata dia dah minum so ok gak aku pun ngantuk dah..lenguh drive kereta manual kat MRR2 sebab asyik brake dgn main klac je..apa taknya kereta sibuk kat MRR2.

Monday, July 7, 2008

WANTED .....new movie


Ahad 6 Julai Time Square

MOVIE: WANTED

A young man (McAvoy) finds out his long lost father is an assassin. And when his father is murdered, the son is recruited into his father's old organization and trained by a man named Sloan (Freeman) to follow in his dad's footsteps.


PENDUKUNG WAYANGNYA
James McAvoy, Morgan Freeman, Angelina Jolie, Thomas Kretschmann, Terence Stamp.

oK gak citer ni.. not bad..i gave 4 star over 5. Aku layan kat GSC Time Square dengan Hairi Kinrara. Jumpa dia kat Hang Tuah Station lepas tu sama2 menapak ke Time Square. Sampai je aku terus pi ATM cucuk duit dulu..kering dah ni awal-awal bulan alamak!. Lepas tu kita orang pi beli tiket, nasib baik orang tak ramai kat kaunter. Lepas tu apa lagi aktiviti ke dua aku ialah makannnnnnnn. Layan nasi ayam BBQ lepas tu turun ke U-Mobile untuk semak line hp. aku nak aplly 018-2000079 no tu masih belum dimiliki oleh mana-mana orang . kena cepat ni. syarat kena bawak bil telefon sebelum ini yang 2 bulan latest.

Balik tgk movie terus gi lepas kat mamak kat Berjaya office..( opposite Time Square) sampai kul 6.45 baru aku berambus dari situ. Aku perasan aku kesan tumpahan air coke kat baju aku .aishemannnnn! si Hairi lak dok gelak kan aku je hampeh tul budak tu...

Thursday, July 3, 2008

Meeting with Senior Manager Human Resource OUM

03 July 2008. Khamis. Kampus Induk OUM. Petang tadi aku berjumpa dengan Kak Laila Senior Manager HRM OUM. Kalau ikutkan jadual yang telah ditetapkan, semua staf CTMD sepatutnya berjumpa dengan Prof Mansor Fadzil Senior Vice President untuk get input "masalah" yang sedang bergelora di CTMD. "Masalah" apa? yang tu gua tak tak leh citer beb! kalau gua cerita nanti gua kena akta ISA tak pun OSA pulak nanti. Tapi meeting kena batalkan sebab Puan Nik pulak Emergency Leave, for what reasons i have no ideas.

Kembali kepada cerita ke Bilik HR, Kak Laila nak aku more "neutral" on what was happened last "Friday". So aku cerita jelah apa yang berlaku. Panjang lebar gak aku cerita. Mahu taknya dari masuk bilik kak Laila jam 3.15 ptg sampailah jam 4.45 petang aku celoteh ngan kak laila. Aku just answered the Q&A je. Sempat jugak kak laila minta pendapat..hehhehehe mcm lah aku ni berpengalaman sangat to resolve the problem.

Alamak! dah pukul 5.30 petang ni. Jap lagi kena pi HQ semula sebab ada meeting Alumni pulak kat Bilik Teratai. Bye.