Monday, July 8, 2013

Dengan izinNya

Setiap dari kita yang bergelar manusia pastinya tidak akan lari dari ujian oleh Nya.Dia Yang Maha Mengetahu..Dia Yang Maha Pengampun. Aku sujud..aku insaf dan aku bertaubat kepada Nya diatas apa yang berlaku...Ya Allah ..izinkan akau kembali kepada Mu.

Friday, July 5, 2013

Ya Allah Tuhan Maha Besar

Setiap keputusan yang dibuat pastinya telah saya fikirkan pro dan contra...Ya Allah Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pengampun..Engkau ampunkan dosa-dosaku ini..aku taubat padaMu..aku insaf kepadaMu...aku berserah kepadaMu...aku insan yang hina..Engkau ampunkan dosa ku Ya Allah aminyarabalalamin

Thursday, May 23, 2013

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana aku kini telah berumah tangga pada 17.11.12 tahun lalu. Kehidupan sebagi ketua keluarga insyallah akan aku cuba laksanakan sebaik mungkin. amin yarabal alamin..sepanjang tidak mengemaskini blog ini, banyak perkara yang berlaku.
setelah sekian lama akhirnya aku berjaya menembusi semula password blog aku ini. Lama sungguh aku tidak menulis apa-apa untuk dikongsi.

Monday, December 26, 2011

Bergelar tunangan orang

25.Dec 2011 selamat sudah bergelar tunangan orang..next ialah bergelar suami orang pulak..Insyallah semoga Allah makbulkan hajat kami dan harapan kami

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah hari ini telah pun hari ke 9 umat islam berpuasa. Syukur kerana aku masih berupaya untuk menunaikan tuntutan sebagai seorang muslim ini.

Thursday, July 21, 2011

minggu lemau....

Minggu ni aku tak productive sebab isnin selasa aku cuti..keje hanya rabu dan khamis..jumaat pulak jadi pegawai khas pengiring Tan Sri Lee Lam Thye di Batu Pahat untuk perasmian OUM Batu Pahat....

Tuesday, July 12, 2011

Jalan2 ke Utara

Last weekend selesaikan urusan yang perlu diselesaikan...urusan "rasmi"...next stage harap2 akan berlaku dalam Oktober nanti...

Wednesday, July 6, 2011

Semoga di rahmati oleh -Nya

Alhamdulillah, semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal hingga akhir hayat. Semoga pembaca atau pengikut blog ini mendoakan penulis bertemu jodoh dengan dia yang menjadi pilihan hati. amin yarabbal alamin!!

Tuesday, June 7, 2011

Cinta dan Kasih

Ya Allah, Kau perkenankanlah hubungan suci ini untuk terjalin, semoga Kau rahmati apa yang kami lalui ini ...cinta yang lahir dengan penuh keikhlasan.

Monday, June 6, 2011

Cinta

Semoga aku akan bertemu cinta yang sekian lama aku cari.....Insyallah aminnn

Sunday, May 1, 2011

Aku letih dah..... tolonglah...

Aku tak tahu nak cakap mcm mana pasal cinta, sebab aku dah letih, aku tak terus terlanjur mencinta dia yang aku tahu aku tak kan mampu miliki. Apabila aku mula rasa cinta, aku pasti aku akan tewas.

Aku dah tak terlalu lemah untuk mengejar cinta ...makin aku kejar makin jauh dan aku terus tersesat....aku tahu aku tak akan kecapinya....aku tak mahu dibuai mimpi sebab bila tersedar aku tahu masih dialam nyata

Ya Allah kalau ini lah balasan yang Kau berikan kepada aku, maka aku redha dengan pembalasan Mu.

Saturday, April 30, 2011

Apabila Si Camar Terbang Menghilang

Kenapa bertemu dan berpisah? banyak sunguh dugaan aku kali ini. aku sendiri tak tahu nak kata apa pasal pertemuan semula dan perpisahana. dh mungkin bukan jodoh kami..yang penting aku dah luahkan apa yang patut dan mesti aku ucapkan...sepenuh ikhlas dan sepenuh hati aku. aku dah runtuhkan ego aku sendiri demi membebaskan apa yang terpendam selama ini.. harap dia mengerti dan fahami apa yang telah terjadi.

apa yang pasti hanya iringan doa untuk dia meneruskan ceritera kehidupan...semoga dia terus bahagia dan dapat melupakan apa yang terjadi kerana aku pasrah dan terima ketentuan ilahi..

aku terima apa yang telah ditentukan...semoga dia mendapat kebahagian yang dicari dan maafkan aku..aku undur diri

Saturday, January 22, 2011

Kerja Gila!

Hahaha hari ini memang keje giler yang aku pernah buat. Kakak angkat aku kak zura ajak pi melihat awek kat putrajaya. Siap jumpa dengan famili keluarga awek tu. awek tu pulak tak tau yang aku datang nak tgk dia. maklumlah masa aku dtg tadi sempena kenduri bertunang adik dia. ...

yang buat aku suspen tu dah la tak kenal awek tu ..siap berkenalan pulak dgn mak dan ayah dia...ketar la sikit....

tapi yang paling bessttt bila jiran sebelah rumah awek tu pulak yang minat kat aku..bapak dia siap mintak no handphone aku lagi hahaha aduhhh! kiranya aku main tebar jala lah ni..nasib lah ikan mana yang sangkut

Wednesday, December 15, 2010

Cuti seminggu rasa kejap je berlalu...makan tido..makan tido

Tarikh keluar posting

Post kat blog terdahulu terpaksa ditarik balik gara-gara tak mahu kecoh kan lagi keadaan....yang dah baca tu baguslah..yang tak sempat baca sila dapatkan primary data secara terus dari aku hahahahhaha...maklumlah nanti banyak pulak version cerita yang dah tambah garam ..tambah cuka lebih

Wednesday, October 20, 2010

Monday, October 11, 2010

Syukur Alhamdulillah..

wah lama sungguh aku tak kemaskini blog aku ni. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya aku berjaya harungi juga peperiksaan terakhir aku di UUM pada Sabtu yang lalu. Kertas terakhir aku ialah Corporate Finance yang aku belajar dengan Prof Dr Ari Warokko.

Lepas ni just tunggu result bila nak keluar je..maybe dalam sebulan lagi dapatlah result aku. Kena kumpul duit untuk konvo pulak lepas ni...duit EPF pun dah banyak aku korek untuk study ni...emmm hutang banyak wooooo....i hope this is right investment done by me

Friday, September 10, 2010

Hari ini dah 1 Syawal. Ramadhan telah berlaku, aku sendiri tak pasti ia sempurna atau tidak kerana bukan kuasa aku sebagai hambaNya untuk menilai apa yang telah aku lalui serta ibdah yang telah aku sempurnakan.

Syawal hari ini aku mulakan dengan memohon keampunan dari ibu, menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dengan dengan penuh keihlasan. Semoga dosa-dosaku diampunkan. Mungkin secara tidak sengaja aku mungkin penah menguris hati perasaan ibu. Insyallah aku akan setiasa berusaha untuk tidak ulangi apa yang boleh sakiti hati ibu aku.

Hari ini solat Aidilfitri di Madrasah Desa Penarikan. Ramai juga ahli kariah yang hadir. Di mula dengan tadbir raya hinggalah ke bacaan tahlil untuk mereka-mereka yang telah tiada. Aku tidak kemana-mana hari ini, just spend time dengan famili sahaja.

Solat Jumaat hari ini di Masjid Tuanku Puan Chik, hujan renyai2 sedikit. Malam pula aku malas nak keluar sebab aku lebih suka habiskan masa di depan internet kali ini, adik beradik ramai berkumpul datang.

Moody juga bila aku dgr handphone yang telah dibaiki " hilang" ini angkara anak buah aku la ni. cakap pun susah, malas nak bising-bising time raya. Nanti ada pulak yang terasa hati. Dah bukan rezeki aku kot..

Buka email opis METEOR dan OUM, dapat email urgent untuk setup ISO untuk IPD, tugas berat menanti lepas balik raya nanti.

Selamat hari raya..maaf zahir batin kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ini